Daerah Bau Tahun 2010
Sejak tahun 1850an Daerah Bau memang terkenal dengan emas. Pencari emas pada ketika itu terdiri daripada orang Cina dari Sambas, Indonesia dan dibantu oleh orang tempatan dengan menggunakan dulang.
Sejarah terlakar sekitar tahun 1815 apabila penduduk Cina dari Daerah Bau menyerang Bandar Kuching bagi menghalau Rajah Brooke kerana mereka khuatir lombong emas akan diambil alih oleh pemerintah Inggeris. Walaupun berjaya menghalau pemerintah Inggeris namun tiga hari kemudian Rajah Brooke bersama askarnya kembali dan mengalahkan penyerang berkenaan. Pada tahun 1899 Borneo Company milik kerajaan Brooke mula membuka lombong emas yang dikenali sebagai Tai Parit Gold Mine dan Bidi Gold Mine.
Sehingga kini, Daerah Bau masih sinonim dengan gelaran Pekan Emas Sarawak atau Gold Town of Sarawak. Nama asal Bau ialah ‘Ulu Sarawak’ manakala Pekan Bau sendiri adalah Mau San atau Bukit Mau. Dalam bahasa Cina Hakka, Pekan Bau dikenali sebagai Shak Lung Mung bermaksud Pintu Pagar Naga Bukit. Pada suatu ketika dahulu, Sungai Sarawak Kanan merupakan kaedah pengangkutan utama ke Daerah Bau yang mengambil masa satu hari perjalanan menggunakan perahu untuk sampai ke Kuching.
Sekarang, kita boleh menggunakan jalan darat kira-kira 35 kilometer dari Bandaraya Kuching ke Daerah Bau. Daerah Bau mempunyai keluasan lebih kurang 884.4 kilometer persegi dan bersempadan dengan Kalimantan Barat, Indonesia. Daerah ini mempunyai penduduk dari pelbagai kaum yang majoritinya merupakan kaum Bidayuh dengan bilangan penduduk seramai 44,149 orang dan rumah 8,901 pintu dan sebuah daerah yang membangun dengan pesat.
Dengan kemudahan infrastruktur yang baik, keseluruhan kampung di daerah ini dapat dihubungi melalui jalan darat. Punca utama pendapatan penduduk datangnya dari sumber pertanian. Antara hasil pertanian yang dikeluarkan dari daerah ini ialah kelapa sawit, koko, getah, padi, lada hitam, kopi dan lain-lain.
Tasik Biru ,Bau,Sarawak
Fairy Cave,Bau ,Sarawak
Wind Cave,Bau,Sarawak
Serikin,Bau,Sarawak
Bung Jagoi Heritage
(Tempat-tempat yang menarik di Bau)
Sektor pelancongan mempunyai potensi yang amat tinggi dalam menjana ekonomi di daerah Bau dengan adanya pelbagai tempat yang menarik sebagai destinasi pelancongan di Sarawak.
Diantara tempat-tempat yang mempunyai keindahan dan keunikan semulajadi yang tersendiri adalah Tasik Biru, Gua Batu Kapur (Fairy Cave), Gua Angin (Wind Cafe) manakala Chatolic Mission Pilgrimage Centre Singai (CMPC), Bung Muan Heritage, Bung Bratak, Bung Jagoi dan Siniawan Bazaar memiliki sejarahnyang tersendiri dan berpotensi menarik perhatian pelancong dan penyelidik dari dalam dan luar negara.
Tamu Serikin yang terletak berdekatan dengan sempadan Sarawak-Kalimantan Barat menjadi semakin popular dikalangan penggemar membeli-belah yang mencari kelainan.
Terdapat juga inap desa atau homestay di sekitar kawasan Krokong dan Singai yang menawarkan pakej pelancongan berbentuk socio-eco tourism.
Selain itu, daerah Bau juga menjanjikan tarikan pelancongann dengan adanya acara tahunan seperti Perayaan Chap Goh Mei, Jong Regatta, Bung Bratak Day dan Gawai Carnival REDEEMS Singai.
Source:Latarbelakang Bau Sarawak







No comments:
Post a Comment