Wednesday, 14 September 2016

Kelebihan Lemon Dalam kesihatan & Kecantikan

     Assalamualaikum & hye peeps !! 

                                  Kowg pernah x dengar tentang kelebihan buah lemon dalam kehidupan seharian kita ? Buah lemon nie penting taw , Lemon nie banyak kegunaan contohnya untuk kesihatan kita . Selain itu , bagi sesiapa yg nk kekal cantik nie perlu tau yg lemon nie boleh bantu kowg untuk mengekalkan kecantikkan wajah taw , .


Kelebihan Buah Lemon Dalam Kesihatan Manusia :: 

  • Melancarkan proses pencernaan
Lemon sangat membantu dalam proses pencernaan manusia , . Hal ini demikian kerana , ia bertindak sebagai pencuci usus . Dengan mengamalkan minum lemon ini , anda tidak akan mengalami masalah pembuangan air besar. Anda boleh mencampurkan jus lemon dengan air suam (tidak terlalu panas) dan di minum setiap hari pada waktu pagi.


  • Menstabilkan tekanan darah tinggi
Bagi mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi amat bagus untuk mengamalkan buah lemon sebagai penawar bagi penyakit tekanan darah tinggi. Lemon mempunyai manfaat yang sama seperti buah pisang. Kalium yang terdapat pada lemon dapat membantu mengawal masalah tekanan darah , mual dan pening . Akhir sekali , lemon juga dapat digunakan untuk mengatasi masalah tekanan(stress).

  • Mendetokfikasikan racun dalam badan 
Lemon juga bertindak sebagai detox dalam kehidupan seharian kita. Lemon dapat membantu untuk menghilangkan segala racun yang terdapat didalam badan kita. Racun-racun ini terhasil daripada makanan yang kita ambil kerana tidak semua makan yang kita makan mengandungi zat yang baik. 

*Lemon juga bertindak sebagai penawar kepada penyakit kanser kerana ia mempunyai 22 anti-kanser yang baik untuk kesihatan . Selain itu , ia juga mampu melembatkan proses tumbuhbesaran kanser dalam badan*

Kelebihan Buah Lemon Dalam Kecantikan ::

  • Mencerahkan Kulit Wajah
Bagi mengatasi masalah kulit wajah yang berminyak , anda hendaklah mencampurkan lemon dengan madu dan digunakan sebagai mask. Amalkan ia secara rutin agar wajah anda nampak lebih cerah dan bermaya.

  • Mengecilkan pori muka
Kesan-2 jerawat yang pernah hadir di wajah akan menyebabkan wajah kita kurang berseri. jangan risau kerana ia dapat diatasi dengan adanya lemon. Sapukan jus lemon tersebut pada wajah anda pada setiap pagi dan biarkan sehingga ia meresap pada wajah anda. Kemudian bersihkan wajah anda dengan air yang bersih.



No comments:

Post a Comment